Mengenai Kami
Ditubuhkan seawal tahun 2011, CoshareEZ SDN BHD merupakan sebuah syarikat pemasaran untuk produk perbankan kepada Kuwait Finance House, Al Rajhi Bank dan Coshare Holdings Berhad.
Coshare Holdings Berhad (447108-X) merupakan sebuah agensi yang diamanahkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) serta Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk melaksanakan proses pemotongan gaji secara terus daripada gaji bulanan Kakitangan Awam untuk tujuan bayaran ansuran bulanan pembiayaan pinjaman yang telah diluluskan dengan kadar tidak melebihi 60% dari gaji kasar diterima dan telah dipersetujui secara bersama oleh kedua belah pihak.
Coshare yang sebelum ini tertumpu kepada pemberian pinjaman pengguna (consumer loan) kini melebarkan sayap lebih luas dengan bekerjasama bersama institusi kewangan terkemuka dari luar negara iaitu Kuwait Finance House (M) Berhad dan Al Rajhi Banking & Investment Corporation (M) Berhad untuk menawarkan skim Murabahah Pembiayaan Peribadi-i yang merupakan skim pembiayaan terbaik di pasaran masakini.
Persamaan Coshare dengan Koperasi
Terbuka Kepada Kakitangan Kerajaan Sahaja: Sama seperti peminjam Koperasi, pinjaman Coshare layak dimohon oleh kakitangan kerajaan sahaja.
Menerima Peminjam Blacklist (CTOS dan CCRIS): Selain koperasi, peminjam yang gagal mendapatkan pinjaman bank kerana disenarai hitam kini mempunyai pilihan baharu kerana Coshare turut membenarkan peminjam yang disenarai hitam untuk melakukan pinjaman. Coshare tidak menerima peminjam muflis.
Potongan Gaji Majikan: Kedua-dua pinjaman Koperasi dan Coshare diselesaikan secara ansuran melalui potongan gaji majikan setiap bulan.
Kebenaran Membuat Overlap: Coshare dan Koperasi membenarkan peminjam membuat overlap pinjaman lama dari bank dan Koperasi.
Perbezaan Coshare dengan Koperasi
Tiada Keahlian: Tidak seperti Koperasi yang memerlukan peminjam untuk menjadi ahli, pinjaman Coshare terbuka kepada semua kakitangan kerajaan termasuk badan berkanun terpilih.
Jimat Yuran keahlian dan Caruman Bulanan: Peminjam tidak perlu membayar sebarang yuran keahlian atau caruman bulanan.
Keuntungan Berganda kepada Peminjam: Ketiadaan caruman bulanan bermakna wang jumlah pinjaman boleh digunakan untuk membayar ansuran. Ini bermaksud jumlah bersih pinjaman lebih banyak berbanding Koperasi.
Payout Yang Tinggi: Oleh kerana payout Koperasi lebih rendah berbanding Coshare, peminjam memperoleh lebihan tunai bersih daripada Coshare untuk jumlah pinjaman yang sama.